Banyak Orang Kita

Yang Menconteng:: Niezarm | Friday, January 08, 2010 | | 0 Komentar »

Saya bukan cerdik pandai agama. Jauh sekali seorang yang bijaksana hal hukum hakam. Saya sekadar punya ilmu sekadarnya yang mana setitik air daripada 7 lautan ciptaan Allah pun belum tentu. Kita pasti banyak membaca atau terbaca pelbagai diskusi dan polemik tentang mengapa Umat Islam sekarang tidak kuat macam dulu-dulu.

Sudah tentu jawapannya semua orang pun tahu - iaitu kita berbalik pada perihal perpaduan Ummah itu sendiri.

Perpaduan itu tentu banyak aspek dan bahagiannya, dan yang paling mudah untuk kita analisa ialah solat berjemaah - jika yang satu ini pun kita tidak bisa bersatu sampai 100% maknanya kita belum capai perpaduan yang kita mahu itu.

Kalau kita lihat di satu satu kawasan perumahan, kalau ada 10,000 orang Islam di situ, agak-agak berapa ramai yang ke masjid qariah itu untuk menunaikan solat fardu sekurang kurangnya satu waktu - orang akan jawab - solat Jumaat tu memang ramai yang pergi.

Di tempat saya tinggal sekarang - banyak muda mudi - waktu azan Maghrib berkumandang - masih minum-minum tidak mempedulikan panggilan Allah jadi perkara biasa - jgn rasa pelik kalau kita masih tertindas.

Salam Sejahtera Kembali

Yang Menconteng:: Niezarm | Monday, November 09, 2009 | , | 2 Komentar »

Sudah agak terlalu lama menjauhkan diri dari blog ini. Bukan tidak sayang blog ini, cuma kadang - kadang terasa tiada apa untuk ditulis. Tambah pula, lebih banyak menumpukan perhatian pada blog yang satu lagi.

Akhir-akhirnya banyak perkara terjadi dan antaranya ialah kemenangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang membawa pulang Piala Malaysia, tahniah kepada semua orang Negeri Sembilan. Kemenangan 3-1 ke atas Kelantan memang wajar dibanggakan.

Oh.. Saya tidak akan menulis perkembangan terbaru politik di sini kerana orang Malaysia sangat sensitif dengan politik kerana orang Malaysia suka berpolitik dengan emosi bukan dengan akal yang waras.

Ekonomi kita sedang dalam proses pemulihan dan bajet baru juga sudah dibentang. Saya tidak berfikir untuk bereaksi terhadap bajet itu terlebih dahulu. Mungkin ada yang elok dan ada yang tidak elok.

Selamat sejahtera semua, saya akan cuba terus menulis di sini.

Bukan Berhenti

Yang Menconteng:: Niezarm | Wednesday, September 30, 2009 | , , , | 6 Komentar »

Salam sejahtera.

Saya sedar agak terlalu saya meninggalkan blog ini, bukan kerana saya tidak mahu menulis atau tidak mahu ber'blog', tetapi kerana saya terlalu menumpukan perhatian pada blog yang satu lagi.

Untuk para bloggers yang masih sudi singgah di sini, saya perturunkan sebuah puisi yang baru saya tulis baru-baru ini untuk kita sama-sama kongsi dan renung.

KITA MASIH. . .

Kita masih bersimpati
pada diri sendiri,
waktu dunia memijak
kita tanpa belas,
yang ada cuma redha
tak bertempat.

dan kita masih
menyalahkan kesalahan,
waktu dunia semakin
hilang usia,
dosa kita belum terampun.

Kita masih memilih untuk menjauh,
waktu azab makin mendekat,
takut nanti lena dalam
sempit dan pedih.

MInggu Ini

Yang Menconteng:: Niezarm | Monday, September 14, 2009 | , | 5 Komentar »

Minggu ini minggu yang menyesakkan saya. Minggu yang membawa sengsara tanpa air mata.

Beberapa ujian, satu "presentation" penting dan satu "interview report" perlu di hadapi.

Dengan harapan raya nanti, jiwa tenang akal tidak kusut.




Baca entri berkaitan:
My Brain Will "Exhausted" By The End of Next Week

Entri terbaru di blog satu lagi:
Shocking Moment In Early Match


Hari Khamis Hari Ini

Yang Menconteng:: Niezarm | Thursday, September 10, 2009 | , , , | 4 Komentar »

Agak sedikit lama tidak menulis apa apa di sini - maafkan saya - saya ada sahaja - tidak ke mana - mana, cuma sedikit dikengkang oleh kesibukan.

Hari Khamis hari ini, keadaan tidak berapa menyenangkan.

Kesihatan kurang baek.

Petang tadi pula jam 230 tiba tiba ada kuiz mengejut untuk subjek Pentadbiran Amanah.

Malam nanti ada test untuk Undang-Undang Jenayah II pula.

Kepala sakit, jiwa kusut - harap malam ini segalanya berjalan lancar.










Baca blog yang lain:
Fyzal's Territory

Entri paling baru di blog lain:
Jungle and Me

Hujan Lebat

Yang Menconteng:: Niezarm | Thursday, August 27, 2009 | , , , | 14 Komentar »

Petang tadi hujan. Hujan lebat. Lebat sungguh. Sungguh-sungguh lebat sampai basah kuyup semasa dalam perjalanan pulang dari kelas.

Kelas terakhir habis jam 4.00 petang. Petang selepas kelas itu ke perpustakaan. Perpustakaan tidak ramai orang. Orang lain mungkin ada kelas waktu itu. Itu apa yang saya fikir dan rasa.

Rasanya dalam jam 530 petang baru saya bertolak pulang ke rumah. Rumah tidak masuk air sebab kawan-kawan ingat untuk tutup tingkap depan. Depan rumah jalan basah.

Basah habis jaket dan seluar jeans kerana hujan lebat betul. Betul orang cakap, walau hujan orang tetap ramai di bazar. Bazar tetap meriah dan saya beli char kuew teow untuk berbuka berserta air tembikai susu.

Selamat berpuasa kawan-kawan!

p/s: Apakah yang anda perasan dan sedar tentang posting di atas?

Aku Mahu

Yang Menconteng:: Niezarm | Monday, August 24, 2009 | , , | 6 Komentar »

Aku mahu berlari - aku akan sampai awal TAPI aku akan sangat penat.

Aku mahu berjalan - aku tidak begitu penat TAPI aku akan sampai lambat.

Aku mahu duduk - aku tidak akan penat langsung TAPI aku tidak akan sampai ke mana mana.

Aku mahu lena - aku akan rasa selesa TAPI nanti akan ada mimpi buruk

Aku mahu berjaga - aku tidak akan bermimpi TAPI nanti mata mengantuk

Hidup memang begitu, kita selalu mahu melakukan sesuatu dan selalu pula punya alasan, dan hidup memang begitu, tiada satu perkara yang baik baik sepenuhnya pasti ada cacat celanya.

Aku mahu menulis di blog - supaya ramai pelawat dan pembaca TAPI selalu kehabisan idea